Sunday, September 6, 2009

Sekadar teladan

Amir sudah seminggu terlantar di hospital. Ibu dan adik- adiknya tak putus2 memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar amir segera sedar dari komanya. Sesekali air mata amir mengalir membasahi pipi namun mata kecil itu tidak mahu celik juga. Si ibu pula menangis hampir setiap hari dlm minggu itu. Sayu melihat anak yang baru berusia 18 tahun itu.

“ wak, jom overnite mlm ni?” Syila merengek manja.

“tak boleh la syg. Rumate amir bising nanti. Amir kan dah dua hari tak blk bilik tuh. Minggu depan je ok?” amir memujuk.

“ ala..biar je laa dia tuh. Wat tak tau dah laa. Dia bukan sape2 pon, rumate je. Kalo dia tanya amir nak pergi mana, Amir ckp kat dia jgn sibuk hal org. jaga hal sendiri sudah. Tu laa amir bg sgt muka kat ‘rumate kesayangan’ dia tuh. Eeii……menyampah la dgn dia tuh” syila mula berang. Amir serba salah. Dia tak mahu bergaduh lagi dgn syila. Br seminggu baik, takkan nak gaduh lagi.

“ yela2. Mlm ni ok? Syila tunggu amir kat tempat biasa.

Amir memanjat anak tangga untuk naik ke biliknya di tingkat 3. Kebetulan rumate Amir ada di dalam bilik ketika itu.

“baru blk?” zara menegur lembut.

“aah. Akak tak ada kelas ke?” amir@ amira itu bertanya pula.

“ tak ada. Kelas batal last minute tadi”

Selepas membersihkan diri, amir bersiap- siap untuk keluar. Janjinya pada syila tak boleh dilupakan.

“nak keluar ke mira? Zara bertanya. Amir sekadar mengangguk sambil Sweather disarung ke badan.

“ akak egt nak ajak amira solat jemaah kat Pusat Islam malam ni. jom la. Malam ni ustaz Muhammad bagi ceramah sikit. Tajuk “ kehidupan manusia di akhir zaman”. Akak dengar ramai yang nak pergi malam ni. biasanya ceramah yg disampaikan oleh beliau membuatkan ramai yg menangis. Akak suka dengar ceramah dia. Best, dan tak bosan.” Zara bersungguh2 mengajak walaupon dia sendiri dah tahu jawapan Amir tapi dia tetap mahu mencuba.

“ lain kali la kak. Saya dah janji dgn kawan ni. Mlm ni saya tak blk bilik tau. Tido rumah member.” Amir menipu lagi.

Zara risau memikirkan perihal roomatenya itu. Zara dah menganggap amira seperti adiknya sendiri. Amir baik, hormatkan zara yg lebih tua darinya itu, suka tolong orang dan ramah tapi perangainya yg satu itu yang membuatkannya buruk. Amir bijak menutup pekung di dada namun amir tak tahu bahawa rahsianya dah lama terbongkar. Zara sebenarnya dah tau siapa amira atau lebih glamor dipanggil amir itu oleh kawan2nya. Hanya amir yang tak tahu hal tersebut. Zara mahu menegur sikap amir tapi dia merasakan dirinya tak mampu untuk berbuat sedemikian. Zara hanya manusia biasa. Pengetahuan tentang ilmu agama pon tidak banyak mana. Apa yg perlu zara lakukan??!

Pada hujung minggu, seperti biasa, zara byk menghabiskan masanya di bilik. Assignment berlonggok yg perlu disiapkan. Deringan telefon di atas meja mengganggu tumpuannya. Panggilan dari siti rupanya.

“ hah siti ada apa ni??” zara memulakan bicara. Sedikit tertekan kerana kerja2nya menyiapkan assignment terganggu.

“zara aku tunggu ko kat café. Dtg sekarang. Penting. Tutt..tutt..”talian terus dimatikan. Zara terkesima. Kenapa dgn siti?? Kenapa kelam kabut sgt budak tu. Zara mula risau. Jam di dinding di kerling. Jam 7.20 pm.

Sebaik melihat kelibat Siti di muka pintu masuk café, zara berasa lega. Sangkanya siti sakit tadi. Mujur tak ada apa2 yg buruk berlaku. Siti dilihatnya sihat walafiat lagi.

“ ada apa ni Siti? Mcm ada hal serius je? Ko dtg je laa bilik aku kan senang.” Ujar zara.

“shhyyhhh!!!!!!jgn kuar sgt suara tuh. Tu tgk tu??” siti mengangkat tangan menunjuk ke satu arah.

“apa dia??”zara tidak paham.

“ ko tgk laa betul2. Kat meja hujung tu.”

Zara memandang ke arah yg ditunjukkan siti. Amir!!!. Zara terdiam.

“kan aku dah cakap. Ko je tak nak percaya. Sekarang bukti dah depan mata. Ko masih tak nak percaya ?” siti memerli zara. Sudah byk kali siti menceritakan hal amir kpd zara. Namun siti berasa geram bila zara tidak mahu percaya pada kata- katanya.

“bukti apa siti. Diorang kawan je laa. Macam kita. Kita pon selalu mkn sama2..lepak sama2.. hah! Ko nak kata aku lesbian jgk ke?” zara cuba menepis kata2 siti. Zara cuba menyembunyikan kebenaran. Baginya cukop lah dia seorang je tau pasal hal ni. lagipon tak baik menghebohkan keburukan org lain.

“zara! Ko jgn laa main2. Cuba ko bukak mata ko tu sikit. Ko nmpak x pe yg diorang watt uh.pegang2 tangan lagi. Eeii.. geli aku tau x?!”

“ dah laa siti. Jom blk. Aku tak solat maghrib lagi. Tgk jam ni, dah dekat pukul 8.” Zara sudah melangkah untuk balik ke bilik. Siti diam dan hy menurut. Tiba2 siti terlanggar sebuah meja di hadapannya dan gelas di atas meja itu jatuh ke lantai dan berderai. Amir dan syila menoleh ke arah gelas jatuh. Amir kelihatan sgt terkejut apabila melihat kak zara dan kak siti ada di situ. Genggaman tangan syila segera dilepaskan. Zara menarik tangan siti dan terus berlalu dr situ.

Sudah 4 hari amir tak balik ke bilik. Malu agaknya bila rahsia dah terbongkar. Kejadian di kafe terngiang2 di kepalanya. Syila sedang merajuk ketika itu. Oleh sebab tak ramai pelajar di kafe pada ketika itu, dan kedudukan meja mereka yg agak terlindung memberanikan amir untuk menggenggam jemari dan mengelus lembut pipi syila. Kebetulan pula kak zara berada di situ. Amir langsung tak sedar akan kehadiran kak zara di café itu sehinggalah deraian gelas membingitkan suasana. Amir yakin kak zara telah menyaksikan segala- galanya. Lagu Adam- benar- benar menjerit kuat di sisi amir.

“I message received” segera amir membaca mesej yg entah dr sape itu.

Kak zara!!

“mira pergi mana? Kenapa tak balik bilik? Akak nak bincang sikit dgn amira. Mira blk bilik ye! Akak tunggu!”

Amir mengeluh perlahan. Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan kak zara. Entah kenapa dia malu benar dgn kak zara. Jika org lain yg tahu akan rahsia yg bukan lagi rahsia itu, amir tidak kisah sgt. Tapi dgn kak zara?!!! Kak zara dah dianggapnya seperti kakak sendiri. Mklumlah, amir anak sulung dari 3 beradik. Kedua adik amira perempuan dan amir hy punya ibu. Ayah?? Amir sendiri tidak tau dimana ayahnya sekarang. Lelaki itu sudah lama meninggalkan mereka sekeluarga. Menurut cerita kawan2 ibu, ayah amir sudah berkawin lain dan punya famili yg bahagia. Amir benci kan ayahnya. Dan amir benci lelaki. Baginya semua lelaki sama je. Tak bertanggungjawab.

Amir berdiri di hadapan pintu bilik. Masih teragak- agak untuk masuk. Amir berpaling untuk pergi namun baru selangkah amir melangkah tiba2 pintu bilik dibuka dan kak zara terjengol di muka pintu.

“ amira! Kenapa tak masuk?”

“ maaf ye kak. Saya ada hal. Kita bincang lain kali” amir mahu pergi tapi tangannya sempat diraih oleh kak zara.

“masuk ye amira.” Zara memujuk.

Suasana sepi buat seketika. Amir tunduk, malu untuk membalas pandangan mata kak zara.

“ sebenarnya akk dah lama tahu mira,” zara memulakan bicara. Amir terkejut.

“mksud akak?”

“sejak 2 bulan lepas.akak ternampak gambar amira dgn syila kat dlm laci. Mira ingat tak akak ada pinjam puncher mira dulu?? Mira suruh akak ambil kat dlm laci kan. Akak tak sengaja nak tengok. Akak minta maaf.”

“tapi kenapa akak tak cakap ape pon?? Akak layan saya mcm biasa je?? Akak tak kisah??”

“ akak kisah mira. Tapi akak tak ada hak untuk menghukum mira. Mira tak buat salah kat akak. Amira berdosa pada Dia Yang Maha Esa. Akak cuba cari masa yg sesuai untuk bincangkan hal ni dgn mira. Akak sayangkan mira. Akak dah anggap mira macam adik akak sendiri. Akak tak mahu tengok adik akak menyimpang dari landasan yg di ajar oleh Nabi kita.” Zara berhenti seketika. Amir ditatap penuh kasih. Air mata amir bergenang. Jiwa amir halus. Masih belum terlambat untuk amira bertaubat. Dia masih muda dan perjalanan masih jauh. Jiwanya yg memberontak membuatkan amira tersalah pilih jalan hidup.

“ macam ni laa mira. Ni no fon ustaz Muhammad. Dia boleh tolong amira dan akak harap mira mahu untuk menolong diri sendiri. Masih belum terlambat mira!” zara menghulurkan sekepinng kertas kepada amir. Amir menyambut lambat- lambat.

“tapi kak.. mira malu.”

“ jangan risau. Akak dah ceritakan semuanya pada ustaz. Mira set masa pastu pergi jumpa dia ye!”

Perbualan mereka terganggu apabilapintu bilik mereka di ketuk kuat. Tam, rakan amira terjengol di muka pintu. Mukanya pucat.

“mir, syila accident!”

Amir memecut laju motosikal yg dipinjam nya dr zaki. Amir betul2 risau akan keadaan syila. Menurut tam, syila cedera parah. Hospital masih jauh. Amir memandu lebih laju lagi. Dia mahu cepat sampai ke hospital dan mahu meluhat keadaan syila. Sebaik sampai di suatu simpang, amir gagal mengawal motosikalnya apabila sebuah truct dari arah bertentangan merempuh sebuah kereta dan kereta terbabit pula merempuh amir yg tidak jauh dari situ.

Amir hilang byk darah. Hentakan kuat di kepalanya menyebabkan ada ketulan darah beku di kepala. Nasib amir agak baik kerana helmet yg dipakainya sedikit sebanyak membantu melindungi kepalanya. Jika tidak nafasnya dah lama terhenti sejurus selepas kemalangan tersebut, terang doctor izzuddin kepada puan salmiah, ibu amira.

Hari ini sudah masuk minggu kedua selepas kemalangan ngeri itu. Zara dtg lagi untuk melawat amira. Tangan amira digenggam kemas. Zara tiba2 dirundung sebak. Dia bersimpati pada nasib malang gadis itu. Zara juga sentiasa berdoa agar amira akan sedar dari komanya. Petang itu, zara sedang berkira- kira utk pulang apabila dia melihat jari dan mata amira bergerak- gerak. Ini petanda positif. Zara segera memanggil nurse yg bertugas.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, amira sudah sedar dari lenanya yg panjang. Amira mula berubah dan bertaubat. Dia mula mendekatkan diri pada Yg Maha Esa. Manakala Syila pula mula menjauh. Amira cuba menasihati syila agar gadis itu juga akan sedar akan kesilapan diri dan kembali ke jln Allah. Malangnya gadis itu tetap berdegil. Hubungan mereka renggang terus.

Pada suatu hari, ketika amir masih berada di kolej, puan salmiah menerima satu envelop yg penuh dgn gambar2 sensasi amir dan Syila pada suatu ketika dahulu. Gambar yg sgt memalukan dan jijik dipandang. Puan salmiah berasa sgt marah pada ketika itu. Dia malu atas apa yg diperlakukan amir dlm gmbar tersebut. Gambar peluk, cium dan mcm2 aksi lagi. Tiba2 puan salmiah jatuh pengsan kerana diserang sakit jantung. Setibanya di hospital,puan salmiah disahkan meninggal dunia.

“ibuuuuuuuuuuuu!!” Amira meraung sekuat hati. Tangisnya makin lebat apabila mengetahui perihal gambar2 yg diterima oleh ibunya. Itulah punca ibunya diserang sakit jantung. Amira berasa bersalah. Dia lah pembunuh ibunya sendiri. Amira masih ditanah perkuburan sedang org ramai sudah lama pulang. “kak long mintak ampun bu, kak long salah. Ibu!! ampunkan kak long bu..ibu….!” amira menangis lagi.

No comments:

Post a Comment