Sunday, May 31, 2009

Ciptaan Ilahi

ayunan langkah terhenti
lamunan memori menghilang sepi
terik panas mentari
selepas hujan mencurah tadi

lihat pelangi berwarna warni
indah ciptaan Ilahi
awal pagi sudah berseri
nantikan pula petang meniti

sudahnya malam berganti
cahaya bulan menerangi
bintang bintang setia menemani
pepohon kayu bagaikan menyanyi

girang hati nan sendiri
kosong jiwa tiada yg peduli
ku meniti titian pelangi
pelbagai warna ekspresi diri

ingatan berputar kembali
kemana arah tujuan diri ini
ku atur langkah kaki
meneroka dunia realiti

bukan senang menggamit mimpi
tanpa usaha berguni guni
tak mudah menempah seri
tanpa hempedu jalan mengiringi

Air Mata

Setitis air jernih
akhirnya gugur merintih
merintih dihati pedih
terlerai jua rasa sedih

air mata bersih
biarkan mengalir biarpon setitis
usah digenggam api yg mendidih
bebaskan beban yg terlukis

biarkan air matamu menitis
biarlah luka terhakis
tak perlu terus bersedih

hari ini bukan untuk semalam yg perit
hari ini bukan kisah semalam luka tercalit
hiduplah untuk esok jgn serik
indah dunia pasti terselit

Saturday, May 30, 2009

Hanya memori

Dedikasi khas buat Mimi Pina Norma Quiyah Awatif Fiza dan Aini

Mulanya aku sendiri
hidupku kosong tiada penyeri
kadangkala terasa sunyi
mengharap teman di sisi

termaktub takdir Ilahi
kita mula mencipta memori
kamu hadir menemani
hidup ini mula berseri

gelak tawa sentiasa menghiasi
gurau senda usik mengusiki
senyum di bibir bahagia dihati
kamulah teman sejati..

walau terkadang terhiris hati
terkasar budi pekerti
termarah dan dimarahi
namun persahabatan takkan putus sesekali!

kerana...kita sudah sebati
saling melengkapi, sayang menyayangi
seorang pergi cam tak cukup ahli
group kita sentiasa di hati

kisah kita bukan hanya memori
kerana persahabatan kita,dulu kini
dan selamanya kan gah berdiri!!

Sama tapi tak serupa

kita sama walau tak serupa
kita berkongsi dunia
walau engkau lebih bahagia

kita sama meski tak serupa
kita hamba DIA YANG ESA
meski engkau punya harta berjuta

kita tetap sama jika engkau mahukan berbeza
kita meminjam dunia sementara
tetap di sana kehidupan selamanya

CINTA

cINTA SEMALAM KU SINGKAP
KASIHMU KU DAKAP
RINDU TAK TERUNGKAP
BAYANGAN WAJAHMU TAK PERNAH MALAP
CINTAMU TAK SILAP
KEIKHLASANMU SARAT
TAPI PERJALANAN CINTA KITA TERSEKAT
KISAH KITA BERAKHIR KELAT
KU RENUNG KE TINGKAP MENCARI SINAR DI MALAM PEKAT
MENCARI TAWA YANG KAU SENTAP
MENCARI HARI SEMALAM YANG HANGAT
SEGALA RINDU KU SEMAT
AIR MATAKU MENGALIR TENAT
SEJARAH SEMALAM KU SERAP
MENGHARAP KEKUATAN WALAU SEKEJAP
CINTAMU HANYA SINGGAH SEKEJAP
TAPI CUKUP MENYENGAT
BISANYA TIADA UBAT
HATIKU MEMBENGKAK

Bagai Mimpi

bagai mimpi
ilusi terhenti
tarikan hati
meruntun kasih suci
bagai mimpi
ia datang lagi
halusi imaginasi
permainan fantasi
bagai seni terukir di sanubari
kenyataan realiti takkan menjadi
kerna hati bukan memiliki
kerna sayang bukan kepalang
walau kasih tetap tersisih
walau cinta takkan kemana!

Hapuskan Airmata

Kenapa kita sering terlupa
indah kehidupan hanya sementara
yang kekal hanya disana
tiada yg kekal di alam dunia

Kenapa hati mesti terluka
dimana ketenangan pengganti duka
ku cari damai tak kunjung tiba
ku padam sepi tak menghilang jua

Hendak dipupuk rasa cinta
tidaklah datang sehari dua
dlm tak sedar ia menerpa
ada sedih diselangi gembira

Adat dunia pelbagai rasa
walau duka tetap bahgia
ada benci ada rindunya
setiap kenangan sangat bermakna

Di kamar Kenangan

Di kamar kenangan
ku dakap sebuah perjalanan
memori semalam
utuh di ingatan!

di kamar kenangan
ku dakap sebuah lukisan
lakaran coretan tergenggam
takkan ku biar terpadam

Buatmu TEMAN
ku titipkan nukilan
hasilan dari sebuah persahabatan
hasilan kenangan
yang jelas terbayang

TERIMA KASIH TEMAN!!

Mata Berdusta?!

Dari lubuk hati
ku tak pasti walau nyata melihat realiti
walau mata menjadi saksi
tetap di hati berasa sangsi
mungkinkah silap mata meneliti?
mungkinkah ilusi yang mendusta diri?

Tabahlah sang hati
jgn menipu diri sendiri
percaya pada realiti
dunia ini bukan fantasi
hidup ini bukan ilusi
matamu suci
mempertonton dunia realiti

Kerana awak!

Ingat lagi tak? Awk pernah ckp kat sy jgn mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yg tak pasti. Betul kata awk. Sekarang baru sy faham dan mengerti akan kebenaran kata- kata awk tu. Sy telah mengorbankan hidup dan masa depan sy untuk memiliki cinta awk. Walaupon cinta itu tak seindah yg sy fikirkan. Sejak dr sekolah menengah sy menaruh hati kat awak. Dan awk pula minat giler kat kawan baik sy. Tapi tak hairan lah sebab dia mmg cantik dan menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki kat sekolah kita dulu..dan sy tak laa bodoh untuk meluahkan rasa hati sy tu.sy pendam jer.

Bila masuk universiti plk sy xsangka kita dpt u yg sama. Zaza pon satu u dgn kita gak. Hubungan awk dgn dia smakin rapat.dan sy lah yg jd org tgh korang. Satu hari sy dpt tau awk dh couple dgn zaza, kawan baik sy tu. Sy sedih jgk masa tu tp sy jgk gembira untuk awk.sy doakan awk temui cinta sejati awk dgn dia. Bila awk couple ng dia, kita dh jarang berbual-bual. Awak ngan zaza selalu keluar berdua je. Korang dah tak ajak sy keluar bersama dah pastu. saya sedih sgt awk. Sy jgk kecil hati ngan zaza. Dia mula berubah. Dia ada kawan2 baru. Saya dah jadi tak rapat sgt ngan dia.

Pada tahun kedua, sy terkejut bila awk cari sy. Awk kata awk rindu kat sy sb kita jarang jumpa walaupon satu kampus. Tapi rupanya baik awk berhelah. Awk hy nk peralatkan sy. Awk hy terdesak masa tu dan awk minta sy kawin ngan awk. Cam nk tercabut nyawa sy bila dgr idea yg tak masuk akal tu. Awk kata mama n papa awk suh awk kawin cpt sb datuk awk akan serahkan harta pada awk kalau awk berkahwin dan wanita pilihan awk mesti menepati ciri2 yg mereka nk. Yg penting mereka mahukan menatu yg bertudung. Zaza mendesak sy untuk kawin ng awk dan dia kata dia percaya kat sy. Dia xleh kawin ng awk sb dia xde ciri2 yg famili awk nk.

Awk tau tak sy betul2 tak tahu apa yg harus sy buat. Patut ke sy terima lelaki yg xcintakan sy langsung walaupon sy sygkan dia sgt2..awk. kenapa awk letakkan sy dlm situasi spt ni. Ia terlalu berat untuk saya. Tapi akhirnya sy kalah pada pujuk rayu awk dan zaza. Sy terima perkahwinan bersyarat tu. Sy jd isteri sementara awk dan kita cerai bila awk dh dpt harta tu. Pada awk semua tu semudah petik buah rambutan yg pohonnya senang dicapai. Awk ambil jln mudah dgn mencantas dahannya dan awk dh dpt mkn buahnya. Famili awk terima sy jd menantu mereka. Mak ayah sy yg tak tau cerita sebenar setuju untuk menyerahkan sy sebagai menantu dlm keluarga awk.

Akhirnya perkahwinan kita berlangsung dgn meriahnya. Awk mesti lah gembira dgn perkahwinan tu sb awk bakal jadi pewaris tunggal harta datuk awk yg berjuta ringgit itu. Dan sy? Gembira kah sy ketika tu? sy xpasti pada perasaan sendiri. Mungkin ya dan mungkin tidak.

Baru sebulan kita nikah masa tu. Bila awk gaduh besar dengan famili awk bila mereka dapat tau awk curang di belakang sy. Walaupon kecurangan tu bukanlah dlm erti kata yg sebenar sb mereka xtau zaza tu mmg satu2 nya cinta awk. Tapi nasib baik mereka masih tak dpt menghidu penipuan kita. Disebabkan kasih syg famili awk kat sy, mereka hantar kita belajar ke luar negara. Mereka nk pisahkan awk ng zaza sb mereka 100% tidak suka awk bersama dgn zaza yg terlalu ’ moden’ itu . iya sy jgk berasa begitu. Zaza sekarang bukan zaza yg sy kenal dulu. Dia dh pandai pakai pakaian yg terdedah sana sini. Tudung pon dah tak pakai. Kalaulah mak ayah dia kt kg tu tau! Pasti mereka sedih.

Kisah kita tidak berubah. Awk buat hal awk dan sy buat hal sy. Kita bebas melakukan apa shj tanpa ada sekatan antara satu sama lain. Tapi kita jd still leh jadi kawan. Kat uk kita semakin rapat. Mungkin sb kita tiada kenalan di sana dan oleh sb itu kita sering habiskan masa bersama. Study sama2, lepak sama2..1/2 tahun kita kat sana tetiba kita dipanggil pulang. Datuk sakit tenat. Kita sempat jumpa datuk buat kali terakhir. Datuk ada pesan sesuatu kat sy. Semua org tak tau pasal ni termasuk awk. Sebenarnya datuk dah lama tau pasal hubungan kita. Dia tau hal sebenar dan dia nk sy jaga awk. Berat rasanya tanggungjawab tu. Sy janji kat datuk sy akan jaga awk dan kita takkan cerai walau apa pon berlaku.

Genap 100 hari datuk tinggalkan kita dan pada tarikh tu jatuhlah talak keatas sy. Sy xmampu merubah keputusan awk. Dan sy jugak xmmpu untuk memenuhi janji sy pada datuk. Ternyata cinta awk kuat pada zaza. Sy redha pada suratan takdir. Memang dari dulu sy menjangkakan hal ini pasti akn berlaku. Namun air mata ini tumpah jua. Sy hy lah insan biasa yg punya hati dan perasaan. Sy tetap berasa sedih dan perit atas apa yg berlaku. Hati sy teruji lagi apabila sy disahkan hamil seminggu kemudian. Zaza yg kebetulan pergi melawat kawannya di klinik tempat sy membuat pemeriksaan mendapat tau berita buruk bg kamu berdua itu. Awk dan zaza berperang besar di sebabkan hal itu.

Awk salahkan sy sb membenarkan kandungan yg sudah mencapai umur 3minggu itu. Maafkan sy. Sy juga tak sangka semua ni terjadi. Mungkin sy yg bodoh kerana membiarkan awk menyentuh sy walaupon hati ini tidak rela. Sejak dr awl pernikahan kita lagi awk memang melayan sy sbg seorang isteri yg dlm erti kata yg sebenar. Tp itu hy lah sekadar untuk di bilik tidur. Awk minta sy rahsiakan semua tu drp pengetahuan zaza.

Awk bengang giler ngan sy, awk suruh sy gugurkan kandungan ni. Ya Allah! Dugaan apakah ini. Sungguh kejam hatimu wahai suamiku. sy nekad untuk melarikan diri bila awk berkeras mahu sy gugurkan bayi ini. Ini anak awak. Darah daging awk sendiri. Sy sygkan bayi ini. Sy tak dpt nk turuti permintaan awk. Awk cuba cederakan sy. Awk hentak kepala sy ke dinding. Awk pukul, sepak dan tolak sy sampai jatuh dari tangga. Nasib baik adik awk, kamal datang tepat pada masanya.

Baby ini dah semakin membesar. Tak lama lagi dia akan dapat melihat keindahan dunia ini. Sy akan pastikan awk tak dpt cari kami sebelum baby ini lahir. Saya berjaya menyembunyikan diri dr awk dan tak ada seorang pon yg tau tempat ni kecuali kamal. Sy aman di sini. Awk, sy sedih dan kecewa dgn awk. Awk tak berperikemanusiaan. Ini kah balasan awk pada sy.lupakah awk atas segala pengorbanan sy pada awk. Sy cuba untuk membahagiakan awk tp ternyata awk hy bahagia di samping zaza. Malang sekali bila sy mendapat berita sdih tentang zaza. Zaza di sahkan menghidap HIV positif. Awk dan dia dah putus dah bila awk dpt tau hal tu. Rupanya zaza tak pernah setia pada awak. Hidupnya di kelilingi lelaki2. dia bersama awk untuk harta awk. Tetapi awk dikaburi oleh cinta palsu nya.

Awk, sy harap awk akan berubah. Anggap lah apa yg dah terjadi ini sbg pengajaran utk awk.Jadilah seorang lelaki yg matang dan sy minta awk jaga lah ank kita sebaik mungkin sb hidup sy pon xlama di dunia ni. Saya sayangkan anak kita dan apabila dia lahir nanti awk bawalah dia kekubur saya dan ajarlah dia untuk mendoakan sy di sana nanti. Maafkan sy kerana tidak mampu untuk menjadi isteri yg baik untuk awk. Selamat tinggal sayang!!

Erti Sebuah Kasih Sayang

Hanya tinggal seminggu lagi ketika itu. Aku gembira akhirnya masa yang ditunggu- tunggu akan tiba jua. Aku akan berkahwin dengan Diaz dan akan menjadi miliknya yang sah dalam beberapa hari lagi. Percintaan selama 3 tahun akan kami tamatkan dengan membina sebuah masjid yang indah yang pastinya penuh dengan bunga-bunga cinta.

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kebahagiaan yang tidak terhingga ini. Kad jemputan telah habis diedarkan. Barang-barang hantaran juga telah tersedia di birai katil bahkan pelamin juga sudah dihias. Boleh dikatakan semuanya telah siap hanya menunggu hari bahagia sahaja.

Aku dan Diaz baru sahaja menamatkan pengajian diploma kami dan Diaz mahu kami segera berkahwin. Lamaran Diaz aku sambut dengan perasaan terkejut dan aku menerimanya tanpa berfikir panjang. Aku yakin dengan keputusanku. Ibu dan ayah juga tidak membantah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini.
Kek perkahwinan masih lagi belum ditempah. Aku perlu ke pekan untuk menempah kek itu. Aku mahu pergi sendirian sahaja pada mulanya tetapi ibu melarang kerana mengikut adat bakal pengantin perempuan tidak boleh keluar rumah dalam masa terdekat sebelum hari pernikahan. Selepas puas memujuk akhirnya ibu membenarkan aku keluar dengan syarat aku harus ditemani oleh saudara terdekat. Kebetulan sepupuku, Sasa ada di rumahku pada ketika itu dan aku meminta dia untuk menemani aku.

Kami pergi ke pekan dengan menaiki motosikal yang di pandu oleh Sasa. Tiba- tiba motosikal itu berhenti ditengah jalan. Menurut Sasa, motosikal itu rosak. Aduh!! Macam mana ni?? Aku mengeluh sendirian. Tempat itu agak sunyi dan bersemak. Sasa memeriksa motosikal tersebut dan mendapati motosikal itu ternyata tidak rosak sebaliknya hanya kehabisan petrol. Sasa menepuk dahinya sendiri seakan mengakui kesilapan dirinya yang tidak memeriksa motosikal itu terlebih dahulu sebelum keluar tadi.

Kami mengambil keputusan untuk menolak motosikal itu sampai ke pekan dan mengisi petrol disana. Tiba- tiba seorang lelaki muncul dari celahan semak dan menerkam ke arah kami. Sasa berjaya memboloskan diri dari cengkaman lelaki bertopeng itu dan terus melarikan diri. Aku menjerit ketakutan. Di dalam hati, aku bersyukur kerana Sasa dapat melarikan diri dan dia akan mendapatkan pertolongan dari orang ramai. Aku cuba sedaya upaya untuk melawan lelaki ganas yang hendak merogolku itu tetapi kudratku tidak mampu menolak tubuhnya yang jauh lebih besar itu.

Aku menjerit sekuat hatiku. Malangnya tiada siapa yang mendengar. Bantuan dari Sasa tidak mampu lagi ku tunggu. Semuanya telah hancur. Aku kehabisan tenaga untuk terus menghalang niat terkutuk lelaki durjana itu. Inikah nasibku? Maruahku diragut pada saat aku akan mendirikan rumah tangga dengan insan yang aku benar- benar sayangi. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Lelaki durjana itu meninggalkan aku setelah mendapat apa yang dia mahukan. Tidak lama kemudian Sasa tiba bersama kedua orang tuaku.

Menurut ayah, perkara ini harus di rahsiakan. Tiada siapa harus tahu hal ini termasuk Diaz. Diaz pasti tidak dapat menerima hakikat ini. Mawar yang sudah pudar warnanya tidak mungkin akan dihinggapi sang kumbang lagi. Malangnya perkara ini
tidak dapat ditutup selamanya. Pada hari pernikahanku, Diaz datang tanpa baju melayu dan tanpa perarakan dari kaum keluarganya. Sebaliknya Diaz datang bersama Sasa dan memutuskan untuk membatalkan pernikahan kami. Aku faham segalanya. Perkara yang ingin dirahsiakan bukan rahsia lagi.

Di saat aku lemah tidak berdaya dan terpaksa menahan perasaan malu yang tidak terhingga, adikku Amran datang menghulurkan bantuan. Dia bersedia mengahwiniku walaupun jarak usia kami jauh berbeza. Umurnya baru 18 tahun tetapi sanggup berkorban demi aku. Aku tahu dia sangat menyayangi aku sebagai kakaknya walaupun aku bukan saudara kandungnya. Ibu dan ayah mengambil aku di rumah anak yatim 21 tahun yang lalu. Tetapi aku terkejut dengan niat sucinya itu. Demi menutup aib keluarga dia sanggup membuat keputusan sebesar itu.

Ayah bertegas pernikahan harus dilangsungkan walaupun terpaksa menukar pengantin lelaki. Ibu dan ayah bersetuju dengan keputusan Amran dan mereka telah berkorban demi aku dan demi menjaga maruahku. Tetamu sudah memenuhi ruang halaman rumah kami. Aku menurut sahaja apa kata ibu dan ayah. Mungkin itu yang terbaik. Aku terharu dengan pengorbanan mereka sekeluarga terhadapku.

Sehari kemudian aku mendapat khabar tentang Diaz. Diaz telah berkahwin dengan Sasa. Aku juga mendapat tahu bahawa motosikal yang aku dan Sasa gunakan untuk ke pekan beberapa hari yang lalu rupanya tidak rosak mahupun kehabisan petrol. Semuanya telah dirancang. Lelaki bertopeng yang telah memusnahkan hidupku juga telah dapat ditangkap. Diaz! Sungguh keji hatimu. Aku langsung tidak menyangka semua ini angkara kau dan Sasa.

Akukah yang bodoh? Telah banyak temanku yang menasihati aku agar menjauhi mu Diaz, tetapi aku tidak mengendahkannya kerana aku percaya pada cinta kita. Aku percaya hubungan kau dengan Sasa telah berakhir sebelum aku menerimamu sebagai kekasihku. Rupanya ini hanyalah helah semata-mata. Sasa! Akhirnya kau berjaya membalas dendam padaku. Kau berjaya memusnahkan hidupku dan kau berjaya melunasi segala iri hatimu padaku. Aku akan jadikan semua yang telah berlaku sebagai pengajaran dalam meneruskan perjalanan hidupku. Terima kasih atas pengalaman berharga ini.

Adikku Amran! Hatimu sungguh suci. Pengorbananmu murni dan ketulusan hatimu tidakku sangsi. Perjalanan kisah kita baru bermula dan telah ku siapkan sebuah lembaran baru untuk kita meniti hari- hari seterusnya. Aku akan menguatkan semangat ku untuk terus bernafas di dunia ini demimu. Demi seorang adik yang tidak putus memberikan harapan dan keyakinan.

Seperti katamu, hidup adalah sebuah harapan dan harapan adalah milik setiap insan. Jangan pernah berputus asa selagi kita belum berusaha, berusaha mengharungi segala ombak cabaran yang mendatang. Tuhan tidak akan menguji hambanya pada sesuatu yang tidak mampu di tanggung oleh hambanya. Oleh itu jangan menyerah kalah. Ya!! Benar katamu Amran. Aku tidak akan berputus asa dalam menjalani hidup ini.

Sekarang kau bukan lagi adikku, kaulah suamiku dan engkaulah yang layak berada dalam hatiku. Terima kasih adikku, terima kasih sayangku.